TOKYO: Tujuh kru kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat masih hilang sementara tiga lagi cedera selepas berlanggar dengan sebuah kapal kontena Filipina di pesisir selatan Jepun awal semalam.
Pertembungan antara kapal pemusnah peluru berpandu USS Fitzgerald dengan ACX Crystal berlaku kira-kira 56 batu nautika di barat daya Yokosuka, Jepun, pada 2.30 pagi waktu tempatan.