7 warden penjara Malaysia dijadikan radikal oleh tahanan militan

KUCHING (Sarawak): Pihak berkuasa Malaysia telah menghantar tujuh warden penjara menjalani program nyahradikal selepas mereka dipengaruhi tahanan terlibat dalam kumpulan militan, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis (28 Jul).

Perkembangan itu mendorong Kementerian Dalam Negeri mula mengasingkan tahanan yang ditahan bagi kegiatan militan daripada banduan biasa, untuk membendung penyebaran fahaman pengganasan dalam sistem penjara, beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar New Straits Times (NST) dalam laman webnya pada Khamis.

Mengumumkan pengesanan tujuh warden radikal itu, Datuk Seri Dr Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata: "Saya tahu ini adalah berita yang akan membuat semua orang berasa tidak selesa. Bagaimanapun, ini bukan sesuatu yang kita boleh nafikan... Kami telah menangani masalah ini."

Datuk Seri Dr Zahid berkata kerajaan Malaysia sedang melakukan segala-galanya dalam memerangi kegiatan militan.

"Itulah sebabnya kita telah mula memisahkan tahanan dengan ideologi militan daripada banduan biasa untuk mengelakkan penyebaran pengaruh itu dalam penjara di negara ini," katanya.

Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri sedang membaik pulih penjara keselamatan tinggi Kamunting, Perak, untuk menempatkan tahanan berkaitan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dan membolehkan mereka menjalani nyahradikal.

Program itu akan diselia oleh Jabatan Penjara, polis, Kementerian Kesihatan dan jabatan Islam.

"Kami telah membaik pulih dan membina sebuah blok baru di mana suspek ini akan ditahan," katanya, sebagaimana dilapor akhbar The Star.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.