Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

70% daerah timur Mosul dirampas semula daripada ISIS: Jeneral Iraq

Jan 06, 2017 | 03:42 PM



MOSUL: Tembakan bergema di daerah timur Mosul yang berjaya dirampas semula baru-baru ini, sedang tentera Iraq mara dalam usaha merebut kembali bandar itu daripada kumpulan pengganas Negara Islam Di Iraq dan Syria (ISIS).



Komander operasi bersama berkata mereka berharap dapat mencapai sungai yang merentangi bandar itu dalam beberapa hari lagi, walaupun menghadapi tentangan hebat.



"Selepas menamatkan fasa pertama di timur Mosul, kami telah membersihkan banyak daerah dan kawasan bandar. Kira-kira 65-70 peratus bahagian timur telah dibebaskan, dan lebih 70 peratus daripada kawasan itu telah dibersihkan," kata Leftenan Jeneral Talib Shaghati, komander operasi bersama dan ketua perkhidmatan menentang pengganasan.



Beliau berkata kerjasama penduduk membantu mereka mengalahkan kumpulan militan itu.



Serangan tersebut, yang memasuki minggu ke-12, bertambah giat sejak tentera Iraq yang disokong pasukan perikatan pimpinan Amerika Syarikat memperbaharui kemaraan mereka ke bandar itu seminggu lalu.



Ketua gabungan itu berkata pelbagai angkatan Iraq juga kini bekerja lebih sebagai sebuah pasukan.



Para komander Iraq memutuskan dua minggu lalu bahawa semua angkatan propemerintah yang berbeza perlu menyelaras dengan lebih rapat.



Tentera meramalkan mereka akan melihat pembebasan penuh bahagian timur Mosul pada hari-hari mendatang. Bahagian barat bandar itu masih di bawah kawalan ISIS.



Militan melawan kembali dengan menggunakan penembak tepat dan bom kereta bunuh diri, serta menerapkan diri mereka dalam kalangan orang awam yang terperangkap di tengah-tengah pertempuran. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >