Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

80 pegawai M'sia terlibat dalam misi mencari bahan bukti MH17

Sep 08, 2014 | 02:44 PM



SEPANG (Selangor): Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempersiapkan 80 pegawai dan anggota pasukan khas bagi meneruskan misi mencari bahan bukti dan baki mangsa di kawasan nahas MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.


Ini termasuk penghantaran pasukan fasa pertama terdiri 30 pegawai dan anggota pasukan khas PDRM yang berlepas ke Ukraine dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, 11.45 malam tadi.


Kesemua 30 pegawai dan anggota yang berlepas ke Ukraine, adalah dari cawangan Komando VAT 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Perhubungan Awam.


Mereka diketuai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.


Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata: "Baki 50 anggota dan pegawai dijangka berlepas ke sana (Ukraine) dalam masa terdekat dan kita akan maklumkan kemudian."


Beliau yang ditemui selepas menyempurnakan majlis penghantaran pegawai dan anggota pasukan khas itu turut menjelaskan bahawa mereka yang berlepas itu adalah kumpulan pertama bagi dua fasa dan petugas sama bagi misi sebelum ini.


"Berikutan gencatan senjata di kawasan nahas selepas dipersetujui antara Ukraine dan pemberontak, mereka (petugas khas PDRM) ini akan meneruskan amanah, termasuk mencari bahan bukti sebanyak boleh serta baki mangsa masih hilang.


"Justeru, kita berdoa supaya pasukan ini dapat menjalankan tugas dengan selamat sepanjang berada di sana lebih-lebih lagi musim sejuk hampir tiba," katanya.


Datuk Mohamad Fuzi berkata, tempoh bagi misi berkenaan belum dapat dipastikan dan ia bergantung kepada arahan dari semasa ke semasa.


"Biarpun pasukan ini bakal berdepan dengan cabaran, kita tidak boleh berputus asa. Kita berharap mereka memperoleh seberapa banyak bahan bukti bagi membantu siasatan dan proses pendakwaan di peringkat antarabangsa," katanya. - myMetro.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >