80 terbunuh dalam serangan trak di Nice

NICE (PERANCIS): Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh selepas sebuah trak merempuh ratusan orang yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Bastille di sini hari ini.

Pemandu trak itu berjaya ditembak mati tetapi hanya selepas dia memandu sejauh dua kilometer dan melanggar orang ramai di Promenade des Anglais, mengakibatkan ramai melarikan diri dan mengorbankan ramai yang lain.

Pihak berkuasa berkata mereka menemui kertas identiti yang dimiliki warga Perancis-Tunisia berusia 31 tahun dalam trak berkenaan, selain beberapa "senapang" dan "senjata lebih besar".

Presiden Perancis Francois Hollande dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen menyifatkan tragedi itu serangan pengganas sambil mengesahkan "beberapa kanak-kanak" merupakan antara mangsa yang terkorban. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.