9 penceroboh insiden Lahad Datu dipenjara seumur hidup

KOTA KINABALU (Sabah): Sembilan penceroboh warga Filipina, yang terlibat dalam serangan Lahad Datu di Kg. Tanduo dan disabitkan kerana khianat, terlepas daripada hukuman mati tetapi dihukum penjara seumur hidup.

Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak saudara kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013.

Hukuman diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Stephen Chung pada Selasa.

Semua tertuduh kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan.

Pada Isnin, kesemua mereka didapati bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. - mStar Online

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.