Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

9 warga M'sia di Pyongyang kembali ke tanahair

Mar 31, 2017 | 11:34 AM



SEPANG: Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang selamat tiba di tanah air, awal pagi Jumaat.



Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing, yang menaiki pesawat khas, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.03 pagi dan disambut ahli keluarga masing-masing.



Mereka ialah Setiausaha Duta, Noor Saaidah Jamaluddin, 29, suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan, Pegawai Tadbir, S. Nirmala Malar, 45, Kaunselor, Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.



Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan sembilan rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara dibenarkan pulang ke tanah air.



Datyuk Seri Najib dalam catatan twitter miliknya berkata "Alhamdulillah Pesawat Khas membawa pulang 9 rakyat Malaysia telah keluar ruang udara Korea Utara. Krisis diplomatik sudah berakhir."



Susulan perkembangan itu, Datuk Seri Najib berkata, Malaysia kini membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini.



Ketegangan Malaysia dan Korea Utara timbul berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.



Jong-nam, 46, dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh dua wanita asing semasa menunggu penerbangan pulang ke Macau di klia2.



Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara di Malaysia, Encik Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara ia mengendalikan kes itu, yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai persona non grata (PNG).



Encik Kang Chol meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac lepas.



Korea Utara bertindak balas dengan mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Encik Mohamad Nizan Mohammad sebagai PNG.



Sebelum itu, Encik Mohamad Nizan dipanggil pulang oleh Wisma Putra 'untuk perundingan' pada 20 Februari lepas, beberapa jam selepas ketegangan diplomatik tercetus apabila Encik Kang Chol mengkritik siasatan pihak berkuasa Malaysia ke atas pembunuhan Jong-nam.



Pada 7 Mac lalu, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >