SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Encik Tony Abbott, dituduh menjadikan masyarakat Islam "kambing hitam" dan menimbulkan perasaan benci selepas meminta pemimpin Islam melakukan lebih banyak dalam memerangi fahaman pelampau.
Sewaktu berucap mengenai keselamatan negara kelmarin, Encik Abbott berkata beliau sering mendengar pemimpin Barat menggambarkan Islam sebagai "agama keamanan" dan beliau berharap pemimpin Islam akan "menyatakannya lebih kerap dan jujur".