Abbott: Objek mungkin sebuah kontena

PERDANA Menteri Australia, Tony Abbott hari ini mengulangi kemungkinan dua objek yang dikesan satelit di kawasan selatan Lautan Hindi mungkin tiada kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menyatakan demikian semasa mengadakan lawatan rasmi ke Papua New Guinea, Encik Abbott berkata, beliau punya tanggungjawab untuk memaklumkan kepada ahli keluarga penumpang pesawat yang hilang akan setiap perkembangan dalam misi pencariannya.

"Ia mungkin hanya sebuah kontena yang terjatuh ke dalam laut, kita tidak tahu," katanya yang ditukil saluran berita ABC News.

"Tetapi kita perlu melakukan apa sahaja untuk membantu ahli keluarga dan rakan-rakan hampir 240 orang yang terdapat dalam pesawat MH370 itu, dalam usaha menghurai teka-teki luar biasa ini.

"Kita perlu membantu dengan mengongsi maklumat seberapa segera dengan mereka dan itulah yang saya lakukan di parlimen semalam," kata beliau.

Empat pesawat telah berlepas dari Perth hari ini untuk misi mencari di kawasan selatan lautan Hindi: dua pesawat P3 Orions, sebuah pesawat jarak jauh Bombardier Global Express, dan sebuah pesawat Amerika P8 Poseidon.

Seorang wartawan ABC berada dalam salah satu pesawat Orion.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.