Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abbott terkejut dengan gambar kepala dipenggal di Syria

Aug 11, 2014 | 02:58 PM



SYDNEY: SEKEPING gambar mengejutkan dari Syria yang memaparkan seorang kanak-kanak dari Australia yang memegang kepala yang sudah dipenggal, menunjukkan bagaimana kejamnya "tentera pengganas" Negara Islam (IS), kata Perdana Menteri Encik Tony Abbott.


Encik Abbott membuat ulasan tersebut ketika mengumumkan bahawa Australia mungkin akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan juga menolong orang awam yang diancam pihak militan pelampau Sunni di kawasan pergunungan utara Iraq pada akhir minggu ini.


Gambar yang diambil di bandar Raqa yang terletak di utara Syria, telah dipaparkan di akaun Twitter Khaled Sharrouf, seorang lelaki Australia yang melarikan diri ke Syria pada tahun lepas dan kini merupakan pejuang IS, akhbar The Australian melaporkan.


Gambar itu dilaporkan menunjukkan anak lelaki Sharrou yang berusia tujuh tahun, berpakaian kemeja biru dan topi besbol, memegang kepala seorang askar Syria yang sudah dipenggal dengan cogan kata: "Itulah anak lelaki saya."


Sekeping gambar lain yang diterbitkan akhbar itu menunjukkan Sharrouf berpakaian seragam askar bersama tiga kanak-kanak lelaki muda yang dipercayai adalah anak-anak beliau.


Kesemua di dalam gambar tersebut memegang senjata di hadapan bendera kumpulan yang mengelarkan diri mereka Negara Islam (IS).


Encik Abbott, bercakap kepada stesen radio ABC dari Belanda, berkata bahawa gambar-gambar tersebut menunjukkan sifat kejam kumpulan pengganas.


"Apa yang kita perlu tahu mengenai kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai pejuang Negara Islam adalah mereka bukan sahaja kumpulan pengganas, tetapi sebenarnya tentera pengganas dan mereka bukan hanya ingin menubuhkan sebuah daerah pengganas tetapi bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara pengganas, "kata beliau.


"Dan ini menimbulkan masalah yang luar biasa ... bukan hanya untuk orang-orang yang berada di Timur Tengah tetapi untuk para penduduk dunia.


"Dan kita dapat melihat lebih banyak bukti betapa kejamnya pihak tersebut," kata Encik Abbott. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >