Abdullah: Najib tidak terlibat dalam kes Altantuya

PERDANA Menteri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu, kata mantan perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Abdullah menyatakan demikian selepas seorang lagi mantan perdana menteri Mahathir Mohamad menggesa supaya siasatan dijalankan bagi kes tersebut.

Tun Abdullah berkata siasatan bagi kes pembunuhan yang berlaku pada 2006 dijalankan semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Antara perkara yang dilaporkan kepada saya semasa saya menjadi perdana menteri merupakan hasil siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Berdasarkan hasil daripada siasatan yang dijalankan secara teliti oleh Polis Diraja Malaysia yang diberikan kepada saya, ia menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes tersebut sama sekali," kata beliau.

Altantuya dibunuh pada 18 Oktober 2006 dan mayatnya dijumpai di hutan dekar Puncak Alam, Shah Alam.

Beliau dipercayai dibunuh kerana beliau tahu tentang butir-butir wang sogokan dalam satu perjanjian pertahanan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.