Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abe ikrar Jepun tak akan lancar perang lagi dalam lawatan ke Pearl Harbour

Dec 28, 2016 | 11:33 AM



PEARL HARBOUR (Hawaii): Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, menyertai Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dalam satu lawatan simbolik bersama ke Pearl Harbour pada Selasa (27 Dis) bagi memperingati korban Perang Dunia Kedua dan berikrar Jepun tidak akan melancarkan peperangan lagi.



Lawatan itu, hanya beberapa minggu sebelum bakal presiden Donald Trump mengambil alih jawatan, bertujuan menyerlahkan kekuatan pakatan Amerika-Jepun dalam menghadapi China yang semakin meningkat dan di tengah-tengah kebimbangan bahawa Encik Trump akan mempunyai hubungan lebih rumit dengan Tokyo.



Encik Abe dan Encik Obama memperingati korban perang itu di Memorial USS Arizona, yang dibina di atas bangkai kapal perang yang tenggelam itu. Encik Abe perdana menteri Jepun pertama melawat memorial tersebut, tarikan utama tapak bersejarah itu.



"Kita tidak boleh mengulangi kengerian perang lagi. Ini sumpah takzim yang kami, rakyat Jepun, telah buat," kata beliau.



"Kepada jiwa-jiwa anggota perkhidmatan yang bersemadi di atas kapal USS Arizona, kepada rakyat Amerika, dan kepada semua orang di seluruh dunia, saya mengikrar sumpah tidak berbelah bahagi itu di sini sebagai Perdana Menteri Jepun," ujarnya.



Tentera Jepun menyerang Pearl Harbour dengan pesawat torpedo, pengebom dan pesawat pejuang pada pagi 7 Disember 1941, ke atas armada Amerika yang berlabuh di situ dengan harapan memusnahkan kuasa Amerika di Pasifik.



Encik Abe tidak memohon maaf atas serangan itu.



Encik Obama, yang awal tahun ini menjadi presiden Amerika pertama melawat semasa dalam jawatan Hiroshima, tempat Amerika menggugurkan bom atom pada 1945, menyifatkan lawatan Encik Abe satu "isyarat bersejarah" yang "menjadi peringatan bahawa luka perang yang paling dalam sekalipun boleh memberi laluan kepada persahabatan dan keamanan berkekalan".



Kedua-dua pemimpin itu berdiri penuh takzim di depan sebuah tembok yang tertera nama mereka yang terkorban dalam serangan 1941 dan menyertai satu upacara ringkas meletak kalungan bunga, diikuti dengan bertafakur.



Jepun berharap menunjukkan satu pakatan kukuh dengan Amerika di tengah-tengah kebimbangan mengenai keupayaan ketenteraan China yang semakin berkembang. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >