Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abu Sayyaf penggal kepala tebusan warga Canada

Apr 26, 2016 | 11:43 AM



FILIPINA: Militan Abu Sayyaf memenggal kepala seorang daripada tiga warga asing yang mereka culik dari sebuah resort mewah di kepulauan Mindanao di selatan Filipina September lalu, mengesahkan ancaman jika mereka tidak dibayar wang tebusan 900 juta peso ($26 juta).



Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, mengesahkan tebusan yang dibunuh itu warga Canada, Encik John Ridsdel, 68 tahun, seorang bekas eksekutif perlombongan.



Laporan tidak rasmi yang dihantar oleh pasukan keselamatan dari Pulau Jolo, 1,900km ke selatan Manila, berkata seorang tebusan dipancung sekitar 3 petang pada Isnin (25 Apr) di bandar Patikul di Pulau Sulu.



Laporan itu mengenal pasti lelaki yang memenggal kepala mangsa sebagai Ben Takoh Sawadjaan.



Satu lagi laporan, bagaimanapun, berkata kepala terputus "nampaknya milik warga Norway bernama Kjartan Sekkingstad)" ditemui berhampiran pintu masuk Dewan Perbandaran Jolo pada 8 malam.



Bagaimanapun menurut satu sumber lain, ia sebenarnya kepala Encik Riddell.



Encik Riddell, Encik Sekkingstad, 56 tahun, dan Encik Robert Hall Kanada, warga Canada berusia 50 tahun, serta seorang wanita Filipina, Cik Maritess Flor, 40 tahun, diculik pada 21 Sept lalu oleh penyamun yang dikatakan dari Abu Sayyaf dari Resort Holiday Oceanview Samal di pulau Samal, di wilayah Davao.



Lebih dua minggu lalu, Abu Sayyaf mengeluarkan satu video mengancam akan mula memenggal kepala tiga lelaki itu pada Isnin (25 April).



Dengan parang diacu pada leher mereka, Encik Riddell, Encik Sekkingstad dan Encik Hall dilihat merayu pemerintah masing-masing supaya membayar wang tebusan 300 juta pesos bagi setiap daripada mereka.



Cik Flor tidak dibenarkan bercakap.



Kumpulan itu mengancam memenggal kepala mereka pada 8 April, tetapi kemudian menundanya kepada 25 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >