PALO ALTO: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Rex Tillerson, berkata kelmarin Amerika sedang menerima bukti bahawa sekatan antarabangsa telah "benar-benar mula menjejas" Korea Utara, dan memuji China kerana memberi tekanan terhadap Pyongyang.
Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae In, telah berkata kesediaan Pyongyang berunding dengan Seoul ialah disebabkan kesan sekatan, katanya di Universiti Stanford di California.