Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ada kod kaitkan serangan Ransomware dengan Korea U

May 16, 2017 | 01:26 PM



WASHINGTON: Penyelidik keselamatan siber mendakwa menemui beberapa petunjuk yang boleh mengaitkan Korea Utara dengan serangan ransomware global yang menjejaskan 300,000 sistem di 150 negara sejak Jumaat.



Pengeluar perisian, Symantec dan Kaspersky Lab hari ini berkata, beberapa kod versi perisian WannaCry juga muncul dalam program yang digunakan oleh firma Kumpulan Lazarus, yang dikenal pasti sebagai operasi penggodam dari Korea Utara.



“Ia adalah petunjuk terbaik setakat ini mengenai asal usul virus WannaCry,” kata penyelidik Kaspersky Lab, Encik Kurt Baumgartner.



Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk menuduh Pyongyang terbabit dengan serangan itu.



Penyelidikan syarikat siber akan dipantau agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia, termasuk Washington, yang mana Penasihat keselamatan Amerika Syarikat berkata negara asing dan penjenayah siber mungkin terbabit.



Menurut Symantec dan Kaspersky Lab, mereka perlu membuat kajian teliti ke atas kod berkenaan dan memerlukan bantuan untuk analisis kerana penggodam mungkin menggunakan semula kod dari operasi lain.



Pegawai keselamatan Amerika dan Eropah berkata, masih terlalu awal untuk siapa yang bertanggungjawab dalang serangan itu, tetapi tidak menolak kemungkinan Korea Utara sebagai suspek. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >