KUALA LUMPUR: Pihak tertentu sejak beberapa bulan lalu dikesan cuba mempengaruhi dan memperalatkan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar, bagi tujuan politik di Malaysia.
Perbuatan pihak yang terdiri daripada orang perseorangan serta kumpulan itu didedahkan peguam Sirul Azhar, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Encik Hasnal Rezua Merican, selepas dimaklumkan sendiri oleh anak guamnya.