Adik Najib rancang bentuk parti politik baru

KUALA LUMPUR: Adik kepada perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Razak kini dalam usaha menubuhkan sebuah parti baharu melibatkan semua kaum, lapor portal berita Asia Sentinel.

Menurut laporan itu, pengerusi CIMB Group itu giat bertemu beberapa tokoh perniagaan di United Kingdom dan Kuala Lumpur bagi membincangkan rancangan itu dalam usaha menamatkan "politik perkauman yang memecah belah".

"Nazir dikatakan bertemu golongan sederhana termasuk pemimpin Cina dalam kempen tersebut, bagi merangka parti baharu, yang sekiranya berjaya boleh melakarkan semula landskap politik negara dan mengubah susunan parti yang dibuat ketika penjajah British menyerahkan semula Malaysia kepada orang tempatan pada 1957," kata laporan itu.

Ia mendakwa adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu turut menemui Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Keserhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah supaya beliau mengetuai parti yang akan ditubuhkan itu.

"Sahabat Nazir menasihatkan tentang perlunya beliau muncul sebagai penggerak utama atau ia akan gagal," kata laporan itu, dan menambah walaupun Datuk Saifuddin dihormati kerana pendirian sederhananya, pengaruhnya belum cukup besar bagi mendapatkan sokongan.

Laporan Asia Sentinel itu muncul ketika retaknya Pakatan Rakyat (PR) berikutan pertelingkahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 75
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.