Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Adik Tengku Mahkota Johor cetus kekecohan di Instagram

Jun 18, 2015 | 12:39 PM



JOHOR - Seorang lagi anggota kerabat diraja Johor telah mencetuskan kekecohan dalam politik Malaysia dengan mengirimkan posting Instagram hujung minggu lalu dengan membayangkan kemungkinan negeri itu berpisah dari Malaysia.


Tanpa kapsyen atau mesej, gambar skrin yang dipercayai perjanjian negeri Johor menjadi sebahagian daripada Perseketuan Tanah Melayu telah dikirimkan melalui laman Instagram milik putera Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim, Ahad lalu, lapor laman The Straits Times.


Perjanjian yang ditandatangani oleh Sultan Abu Bakar itu menyatakan kerajaan Johor bersetuju untuk memeterainya hanya jika beberapa syarat dipenuhi, lapor laman Free Malaysia Today.


Syarat-syarat tersebut termasuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri, tanah di Johor merupakan hak sepenuh kerajaan Johor dan yang paling penting, kuasa kerajaan Johor berada dalam tangan Sultan.


"Jika syarat-syarat ini dilanggar, Johor akan keluar dari Malaysia," kata laman Malaysiakini yang menukil perjanjian tersebut.


Kiriman yang mempunyai maksud yang tersembunyi itu berlaku menyusuli tengkarah antara abang Tunku Idris, Tengku Mahkota Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Menteri Budaya dan Pelancongan Nazri Abdul Aziz.


Ratusan orang hadir di luar istana Tengku Mahkota Selasa lalu untuk memberi sokongan kepada keluarga diraja selepas Datuk Seri Nazri memberi amaran kepada Tunku Ismail untuk tidak mencampuri arena politik Malaysia jika beliau tidak mahu "dibelasah".


Kenyataan Datuk Nazri itu dikeluarkan selepas Tengku Mahkota membidas Perdana Menteri Najib Razak kerana tidak menyertai forum terbuka awal bulan ini untuk menjelaskan isu berkaitan 1MDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >