KUALA LUMPUR: Agensi penguat kuasa digesa menjalankan operasi besar-besaran terhadap kenderaan berat, khususnya lori, bagi mengelakkan lebih ramai pengguna jalan raya menjadi korban disebabkan sikap segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK), Encik Mohammad Hisham Shafie, berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu melakukan operasi bersepadu.