Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agensi rasuah terima aduan dakwa Ganjar makan suap selaku Gabenor Jawa Tengah

Mar 07, 2024 | 02:23 PM



JAKARTA: Satu aduan telah difailkan kepada Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK), menuduh calon presiden Encik Ganjar Pranowo, terlibat dalam kes rasuah semasa menjadi Gabenor Jawa Tengah.


Dakwaan itu disifatkan oleh penyokong beliau sebagai bermotif politik.

Aduan itu difail oleh pengerusi Indonesia Police Watch (IPW), Encik Sugeng Teguh Santoso, yang mendakwa Encik Ganjar dan mantan Pengarah Presiden Bank Jateng, Encik Supriyatno, terlibat dalam penyelewengan lebih 100 bilion rupiah ($8.56 juta), melalui skim melibatkan Bank Jateng dan beberapa penanggung insuransnya, dari 2014 hingga 2023.

Ketika itu Encik Ganjar adalah Gabenor Jawa Tengah.

Dalam aduan itu juga, Encik Sugeng mendakwa bahawa sogokan itu diberikan oleh penanggung insurans bagi pinjaman pengguna bank itu, dan 16 peratus daripada premium insurans telah dipulangkan secara haram kepada Bank Jateng.

Daripada 16 peratus itu pula, didakwa dibahagikan kepada tiga pihak, dengan 5 peratus kepada Bank Jateng untuk kos operasi, 5.5 peratus kepada pemegang saham bank dan baki 5.5 peratus kepada Encik Ganjar, yang disebut dalam aduan itu hanya sebagai GP.

KPK mengesahkan telah menerima aduan Encik Sugeng dan berkata penyiasat akan mengumpul lebih banyak maklumat dan menyelaraskan dengan pengadu.

“Kami akan tahu selepas pengesahan, sama ada ia boleh disusuli dengan siasatan atau tidak,” kata jurucakap KPK, Encik Ali Fikri, kepada The Jakarta Post pada 6 Mac.


Encik Ganjar telah menafikan tuduhan itu, dan berkata pada 6 Mac bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang hadiah atau ganjaran, lapor Tempo.co.


Calon presiden itu telah menggesa siasatan Dewan Rakyat berhubung dakwaan penipuan pilihan raya dalam pilihan raya umum pada Februari.

Pasukan kempennya menegaskan bahawa aduan IPW itu bermotifkan politik, dan Encik Sugeng adalah anggota Parti Solidariti Indonesia (PSI).

Beliau yang berusia 57 tahun, menyertai PSI pada 2018, kini mengetuai cabang parti itu di Bogor, Jawa Barat, dan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DPRD) bandar raya Bogor.

PSI dipengerusikan oleh anak bongsu Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, Encik Kaesang Pangarep, dan menyokong calon presiden terpilih Encik Prabowo Subianto yang berpasangan dengan anak sulung Encik Widodo, Encik Gibran Rakabuming Raka, selaku calon naib presiden.

PSI telah mengkritik desakan daripada pesaing Encik Prabowo untuk siasatan Dewan, dengan timbalan pengerusi lembaga penasihat PSI, Encik Andy Budiman menyebutnya sebagai usaha daripada “calon yang enggan mengaku kalah”, lapor Kompas TV. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >