Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahli kecewa bocorkan puluhan ribu maklumat tentang anggota ISIS

Mar 10, 2016 | 02:40 PM



LONDON: Berpuluh-puluh ribu dokumen mengandungi nama, alamat, nombor telefon dan kenalan keluarga militan yang menyertai Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) telah diberi kepada Sky News, penyiar berkata pada Rabu (9 Mac).



Sky News melaporkan bahawa seorang bekas ahli ISIS yang kecewa menyerahkan dokumen tersebut dalam jalur ingatan yang dicuri daripada ketua polis keselamatan dalaman kumpulan pengganas itu.



Dokumen itu adalah borang yang rekrut ISIS harus isi untuk diterima memasukinya, dan mengandungi maklumat mengenai warga dari 51 negara, menurut Sky News.



"Sky News telah memaklumkan pihak berkuasa mengenai perkara ini," tulis saluran berita itu dalam laman webnya.



Tiada komen segera daripada kementerian dalam negeri atau ehwal luar Britain.



Beberapa dokumen dilaporkan mengandungi maklumat mengenai militan yang sebelum ini tidak diketahui di utara Eropah, Amerika Syarikat dan Canada, serta Afrika Utara dan Timur Tengah, katanya.



"Ini boleh menjadi satu perkembangan besar," kata Encik Chris Phillips, pengarah urusan pertubuhan perundingan penentangan pengganasan International Protect and Prepare Security Office.



"Ia menunjukkan betapa ISIS terdedah kepada orangnya sendiri yang berpaling tadah... Potensi perkhidmatan keselamatan mengenal pasti pengganas tidak diketahui kini amat dipertingkat," katanya.



Salinan dokumen yang disiarkan Sky News menunjukkan rekrut perlu menjawab 23 soalan, termasuk jenis mereka darah, nama ibu mereka sebelum berkahwin, "paras pemahaman syariah" dan pengalaman lalu.



Beberapa nama dalam dokumen itu adalah pejuang yang telah pun dikenal pasti, seperti Abdel-Majed Abdel Bary, bekas penyanyi rap dari barat London yang pernah mencatat di Twitter imej dirinya memegang kepala yang dipenggal.



Nama lain termasuk Junaid Hussain, pengendali siber bagi ISIS dari Birmingham, Britain, dan lelaki berusia 21 tahun, Reyaad Khan, yang muncul dalam sebuah video rekrut kumpulan itu. Kedua-dua terbunuh tahun lalu.



Dokumen itu didapatkan daripada seorang lelaki yang menggunakan nama Abu Hamed, iaitu seorang bekas anggota Tentera Pembebasan Syria yang menyertai ISIS.



Dia mencuri jalur ingatan dokumen itu dan menyerahkannya di Turkey kepada seorang wartawan, sambil menjelaskan dia meninggalkan ISIS kerana undang-undang Islam telah runtuh dalam kumpulan itu.



Hamed mendakwa kumpulan itu telah melepaskan ibu pejabatnya di Raqqa, Syria bergerak ke padang pasir, dan bekas askar parti Baath diktator Iraq yang dibunuh, Saddam Hussein, telah mengambil alih. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >