LONDON: Ahli parti buruh British, Encik Keith Vaz, meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Dalam Negeri berikutan dakwaan beliau membayar dua pelacur lelaki untuk seks dan menawarkan untuk menampung kos dadah Kelas A di pangsapuri beliau di sini.
Ahli Parlimen Leicester Timur itu mengeluarkan permohonan maaf selepas Sunday Mirror melaporkan beliau bertemu dan membayar dua pengiring lelaki warga Eropah Timur di premisnya di Edgware dan bercakap besar mengenai hubungan seks tanpa perlindungan.