Ahli politik kanan PKR ditembak mati di Sarawak

MIRI: Seorang anggota kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditembak mati di sebuah persimpangan lampu trafik di Sarawak pada Selasa (21 Jun).

Encik Bill Kayong, setiausaha politik kepada Anggota Parlimen Miri, Dr Teoh, ditembak pada kira-kira 9 pagi di daerah Kuala Baram, kira-kira 20 km ke utara Miri, semasa belau berhentikan pikap beliau di simpang sibuk di depan pusat perdagangan E Mart di Senadin.

Pengarah komunikasi PKR, Encik Fahmi Fadzil, berkata parti pembangkang itu menerima maklumat bahawa Encik Bill Kayong, yang bertanding di kerusi Bekenu dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, telah ditembak.

Dr Teoh, yang juga pengerusi PKR Miri, berada di tempat kejadian bersama setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Encik Alan Ling, dan setiausaha agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Sebastian Ting. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.