JAKARTA: Calon Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama yang lebih dikenali sebagai Ahok, akan didakwa kerana menghina agama, kata Pejabat Peguam Negara Indonesia semalam.
Encik Noor Rachmad, yang merupakan Timbalan Peguam Negara bagi Jenayah, memberitahu wartawan sewaktu sidang akhbar bahawa Pejabat Peguam Negara telah mengkaji kes yang dikemukakan oleh polis itu dan memutuskan bahawa Encik Basuki mempunyai kes untuk dijawab dalam mahkamah.