JAKARTA: Calon Gabenor Jakarta, Encik Basuki "Ahok" Tjahaja Purnama, menewaskan para pesaingnya termasuk calon popular lain Encik Agus Harimurti Yudhoyono dari segi populariti selepas debat rasmi pertama.
Pusat Pungutan Suara Populi (Pusat Populi) dalam kaji selidik terbaru menunjukkan 36.7 peratus daripada responden memilih Ahok, manakala Encik Agus digemari 25 peratus dan Encik Anies Baswedan 28.5 peratus.