Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahok didapati bersalah, dihukum penjara dua tahun

May 09, 2017 | 01:11 PM



JAKARTA: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, dikenakan hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah di sini hari ini, kerana menghina agama.



Hukuman yang dikenakan itu adalah lebih berat daripada probesen dua tahun yang disarankan pihak pendakwa raya sebelum ini.



Basuki, yang lebih dikenali dengan nama samaran Cina, Ahok, memberitahu mahkamah bahawa beliau akan membuat rayuan.



Kes mahkamah itu membabitkan kenyataan Basuki kepada pengundi September lalu, di mana dia didengar merujuk kepada ayat Quran sementara memberitahu mereka untuk jangan diperdaya oleh pihak lawan yang menyuruh umat Islam menolak pemimpin yang bukan Islam.



Basuki seorang Kristian.



Pertimbangan utama kes itu adalah sama ada komennya menghina Islam, kata panel hakim lima anggota yang diketuai hakim pengerusi, Encik Dwiarso Budi Santiarto.



Semasa menjatuhkan hukuman, hakim berkata terdapat bukti menunjukkan Basuki sengaja menghina agama dan kerana itu bersalah atas tuduhan tersebut. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >