AirAsia QZ8501: Operasi angkut fiuslaj dilancar

JAKARTA - Pasukan penyelamat Indonesia telah melancarkan operasi untuk menaikkan fiuslaj daripada pesawat AirAsia QZ8501 dari dasar laut semalam, setelah menjumpai empat lagi mayat dari bangkai jet yang terhempas itu.

Keputusan itu dibuat sehari selepas pasukan penyelam, buat pertama kalinya, berjaya memasuki bahagian utama jet yang terhempas di Laut Jawa, bulan lalu.

Sebelum ini, keadaan cuaca kurang baik minggu lalu telah menghalang pasukan penyelamat daripada memasuki bahagian utama Airbus A320-200 sejak ia dikesan di dasar laut oleh kapal tentera awal bulan ini.

"Kami telah memulakan operasi hari ini untuk mengangkat bahagian utama pesawat dan kami berharap ia boleh terapung hari ini," kata seorang pegawai pasukan penyelamat, Encik S. B. Supriyadi kepada agensi berita AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.