Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AirAsia QZ8501: Tiada bukti pengganasan terbabit

Jan 19, 2015 | 06:58 PM



JAKARTA - Para penyiasat Indonesia berkata mereka tidak menemui bukti bahawa perbuatan pengganasan terbabit dalam kejadian pesawat AirAsia yang terhempas bulan lalu.


Encik Andreas Hananto memberitahu agensi berita Reuters pasukannya seramai 10 orang dalam Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSC) mendapati "tiada ancaman" dan rakaman suara kokpit yang menunjukkan adanya perbuatan jahat semasa penerbangan AirAsia QZ8501 itu.


Dalam kejadian tersebut, pesawat A320-200 hilang dari skrin radar pada 28 Disember, kurang separuh perjalanan dua jam dari Surabaya, Indonesia ke Singapura.


Tiada seorang daripada 162 orang dalam pesawat tersebut terselamat.


Bila ditanya jika terdapat bukti dari rakaman tersebut bahawa perbuatan pengganasan terbabit, Encik Hananto berkata:


"Tidak ada. Kerana jika adanya perbuatan pengganasan, akan ada semacam ancaman.


"Dalam situasi kritikal itu, rakaman menunjukkan juruterbang sedang sibuk mengendalikan pesawatnya." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >