Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS akan pindah 4 tahanan Guantanamo Bay ke Arab Saudi

Jan 05, 2017 | 11:37 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat akan memindahkan empat tahanan ke Arab Saudi dari penjara Guantanamo dalam tempoh 24 jam, kata seorang pegawai Amerika pada Rabu (4 Jan).



Ini dalam usaha terakhir Presiden Barack Obama mengurangkan jumlah tahanan di penjara itu walaupun mendapat tekanan daripada bakal presiden Donald Trump supaya menghentikan pembebasan tersebut.



Ia yang pertama dalam usaha tergesa-gesa terakhir Encik Obama memindahkan 19 tahanan ke sekurang-kurangnya empat negara, termasuk Italy, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, sebelum Encik Trump mengangkat sumpah pada 20 Jan



Jika semua pemindahan dapat dilakukan, kira-kira 40 tahanan akan kekal di Guantanamo, menandakan kegagalan Encik Obama menunaikan janji lama beliau akan menutup penjara kontroversi di pangkalan tentera laut Amerika di Cuba itu.



Encik Trump telah berikrar akan mengekalkan penjara tentera Guantanamo dan "memuatkannya dengan beberapa lelaki jahat".



Pentadbiran Obama memberitahu Kongres bulan lalu mengenai rancangannya melakukan pemindahan tambahan itu.



Tahanan tersebut membentuk sebahagian daripada 23 yang telah diisytihar, dalam perbicaraan gaya parol, selamat dihantar pulang atau ditempatkan semula di negara lain.



Encik Trump pada Selasa memberi isyarat mengenai pendiriannya semua tahanan di Guantanamo harus kekal di situ, walaupun penilaian antara agensi menganggap ramai daripada mereka layak meninggalkan penjara itu.



Rumah Putih menolak bantahan Encik Trump dan berkata pemindahan dari Guantanamo, yang dibuka presiden George W. Bush untuk menahan suspek pengganasan yang ditahan di luar negara berikutan serangan 11 Sep 2001, akan diteruskan hingga Encik Trump mengambil alih.



Kewarganegaraan empat tahanan yang dipindahkan itu tidak diketahui. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >