PARIS: Penutupan sempadan, perintah kuarantin dan kerugian hasil tanaman di negara Afrika Barat akibat penularan wabak Ebola telah menyebabkan hampir sejuta penduduk kini diancam kebuluran.
Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu sekatan ke atas negara yang terjejas teruk akibat virus pembawa maut itu telah memberi kesan besar kepada sektor pertanian dan bekalan makanan di rantau tersebut.