Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Akibat 'pakai' cincin

May 06, 2015 | 06:12 PM



KUALA LUMPUR: Doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terpaksa memanggil pasukan Bomba Dan Penyelamat selepas seorang lelaki muncul di wad kecemasan dengan sebentuk cincin terlekat di zakarnya.


Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Encik Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan daripada HKL kira-kira 3.45 petang semalam meminta bantuan bagi mengeluarkan cincin yang terlekat di zakar mangsa.


Pasukan mereka tiba pada 4.20 petang dan terpaksa memotong cincin di sekeliling zakar lelaki berusia 44 tahun itu.


"Kami cuba bercakap dengan beliau semasa prosedur tetapi beliau terlalu malu bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baru dibelinya di Amerika Syarikat.


"Selepas itu, beliau tidak bercakap lagi dengan kami.


"Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini," jelas pegawai yang mengetuai operasi tersebut.


Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat berjaya memotong cincin itu kira-kira 5 petang. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >