JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejatas yang merentangi Lebuh raya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang kelmarin dan menghempap dua kereta dan sebuah lori, menyebabkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.
Kejadian pada 4.30 petang itu menyebabkan lalu lintas di lebuh raya itu terhalang.