Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aksi Jokowi bak ‘berkempen’ cetus kontroversi

Presiden dituduh guna kuasa agar pilihan raya berpihak pada calon pilihannya
Jan 31, 2024 | 04:59 PM



JAKARTA: Sedang hari mengundi semakin hampir, kegiatan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, terus menjengkelkan pengkritiknya serta pakar tadbir urus, berikutan kenyataan beliau yang kontroversial.


Encik Jokowi menyatakan beliau mempunyai hak politik untuk berkempen bagi calon pilihannya.

Ada yang menuduhnya menggunakan kuasanya untuk membuat pilihan raya berpihak pada calon presiden pilihannya, walaupun Encik Jokowi mendakwa beliau tidak mempunyai rancangan untuk menyertai mana-mana kempen dan akur adalah sukar membezakan antara tugas presiden dan sokongan politik.

Encik Jokowi, yang tidak boleh bertanding untuk penggal ketiga menurut perlembagaan sedia ada, dari masa ke masa kembali ke Jawa Tengah sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.

Pejabat presiden mengatakan ia adalah lawatan kerja, tetapi penganalisis berkata ia adalah “kempen terbuka” untuk menyokong calon presiden, Encik Prabowo Subianto, yang bertanding bersama anak sulung Encik Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, sebagai calon naib presidennya.

“Apa yang Jokowi lakukan bukan lagi kempen rahsia. Presiden secara terbuka dan aktif membina sistem sokongan, dengan beliau adalah sebahagian daripadanya, untuk menyokong Prabowo dan Gibran,” kata Encik Feri Amsari, pakar undang-undang perlembagaan daripada Universiti Andalas, lapor The Jakarta Post pada 30 Januari.


Jawa Tengah ialah wilayah medan pertempuran utama yang membantu Encik Jokowi memenangi pilihan raya lalu dan merupakan kubu kuat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Kedua-dua parti itu tidak menyokong Encik Prabowo.

Pada 29 Januari, Presiden Jokowi dilihat makan bakso (sup bebola daging) bersama Encik Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan, selepas pelancaran sebuah kemudahan baru untuk Akademi Tentera di bandar Magelang, Jawa Tengah.


Sehari sebelumnya, Encik Jokowi dilihat bersarapan bersama pengerusi Parti Demokrat, Encik Agus Harimurti Yudhoyono, di Yogyakarta, menjelang perhimpunan yang dirancang diadakan di situ untuk salah seorang pesaing Encik Prabowo bagi jawatan presiden, iaitu Encik Ganjar Pranowo.

Parti Demokrat menyokong Encik Prabowo.

Pada 28 Januari itu juga, Encik Jokowi bermain bola sepak dalam hujan lebat di sebuah padang di Sleman, Yogyakarta, bersama anak lelakinya, Kaesang Pangarep, yang mengetuai Parti Solidariti Indonesia (PSI).

Encik Kaesang antara anggota pakatan 10 penjuru yang menyokong Encik Prabowo.

Presiden Jokowi dilaporkan kepada Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu), selepas isteri beliau, Cik Iriana, mencetuskan kontroversi kerana melakukan tabik hormat dua jari – digunakan secara meluas untuk mewakili nombor tiket Prabowo-Gibran pada undi akan datang.

Insiden itu berlaku ketika beliau keluar dari kereta presiden menuju jalan yang sibuk di Jawa Tengah pada 23 Januari.

Aktiviti Presiden Jokowi di Jawa Tengah dan Yogyakarta kurang dua minggu sebelum tamat tempoh berkempen bertujuan “mengoptimumkan jentera politik” dalam kempen Prabowo-Gibran, kata Encik Ahmad Khoirul Umam, seorang pensyarah sains politik di Universiti Paramadina Jakarta.

“Penyokong setia Jokowi di pangkalan pengundi PDI-P nampaknya kehabisan tenaga, manakala penyokong Prabowo yang mengundinya pada pilihan raya 2014 dan 2019 telah beralih kepada (calon saingan) Anies Baswedan,” kata Encik Umam kepada The Jakarta Post.


Pemerhati pilihan raya, kumpulan masyarakat sivil dan kem saingan telah menyelar Presiden Jokowi kerana menghantar mesej bercampur-campur tentang peranan yang akan dimainkannya dalam pilihan raya.

Encik Jokowi berkata pada September beliau akan “campur tangan” dalam pilihan raya untuk memastikan penggantinya meneruskan programnya, tetapi beliau menyeru penjawat awam pada November supaya kekal berkecuali. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >