Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Akta antiburkini akan burukkan ketegangan: Menteri Perancis

Aug 29, 2016 | 11:57 AM



PARIS: Undang-undang yang mengharamkan baju renang sepenuh badan 'burkini' di Perancis akan menyemarakkan ketegangan antara masyarakat dan melanggar perlembagaan serta tidak berkesan, kata Menteri Dalam Negeri, Encik Bernard Cazeneuve, dalam satu temu bual yang disiarkan pada Ahad (28 Ogos).



Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis, Majlis Negeri, memutuskan pada Jumaat menolak keputusan mengharamkan burkini oleh Mayor bandar peranginan Villeneuve-Loubet.



Keputusan itu boleh menetapkan satu duluan bagi berpuluh-puluh bandar Perancis yang telah juga mengarahkan pengharaman burkini.



Isu ini menjadi isu politik pada permulaan pemilihan awal parti menjelang pilihan raya presiden tahun depan di Perancis, dengan beberapa pemimpin puak kanan dan sangat kanan menggesa diperkenal undang-undang melarang burkini yang dipakai wanita Islam.



Bekas Presiden Nicolas Sarkozy, yang sedang berusaha memasuki semula politik dan mendapatkan tiket parti konservatif Les Republicains dalam pemilihan awal pada November, menggesa supaya diadakan undang-undang yang membenarkan mayor mengharamkan burkini.



Encik Cazeneuve memberitahu akhbar La Croix undang-undang serupa itu tidak mungkin diadakan di bawah pemerintah sosialis semasa.



"Pemerintah... enggan menggubal undang-undang mengenai perkara ini kerana undang-undang itu akan menjadi tidak berperlembagaan, tidak berkesan dan mungkin mewujudkan permusuhan dan ketegangan yang tidak boleh diperbaiki," katanya.



"Kita tidak memerlukan undang-undang baru. Undang-undang semasa jelas meletakkan sekularisme Perancis."



Perdebatan mengenai burkini didorong oleh rakaman insiden pegawai polis menyuruh seorang wanita membuka burkininya di sebuah pantai di Nice.



Tengkarah burkini, ditambah dengan beberapa serangan militan Islam di Perancis sejak Januari 2015, telah menyerap ke dalam kempen awal bagi pilihan raya presiden pada April 2017. Ia menjadikan identiti budaya dan keselamatan Perancis isu sangat tegang dalam perbahasan politik.



"Perancis memerlukan penyembuhan dan orang ramai bersatu, bukan riuh-rendah memecahbelahkan oleh mereka yang bertanding dalam pemilihan awal," kata Encik Cazeneuve. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >