LONDON: Pelakon veteran British Alan Rickman, yang sering memainkan watak jahat, meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas menghidap barah, kata keluarganya kelmarin.
Bintang filem, televisyen dan teater yang pernah memenangi anugerah Golden Globe dan Bafta itu dikenali dengan suara lunak dan dalam yang membantunya menghidupkan watak jahat.