Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Al-Masih' M'sia bertegang urat dua jam dengan polis di restoran Melbourne

Oct 28, 2015 | 02:32 PM



MELBOURNE: Kira-kira dua jam, seorang rakyat Malaysia tidak berbaju yang memanggil dirinya 'Al-Masih' mengepung dirinya di sebuah restoran di Melbourne pada Selasa (27 Okt).


Polis dipanggil ke Little Ipoh Restaurant sejurus selepas 1 petang waktu tempatan berikutan laporan bahawa seorang lelaki memegang pisau dan garpu bertengkar dengan kakitangan di kedai makan itu, lapor akhbar The Daily Mail.


Lelaki itu berlari ke arah polis apabila mereka tiba dan disembur dengan semburan lada sebelum dia mengepung dirinya di dalam restoran milik rakyat Malaysia itu.


Anggota pasukan operasi khas Australia, siap membawa perisai dan senapang, berunding dengan lelaki berusia 20-an tahun itu melalui tingkap.


Dia kemudian melempar beberapa barang dari tingkap ke arah pegawai polis, termasuk epal, oren dan telefon bimbit sambil menjerit dan merayu untuk bercakap dengan ibu dan 'bini'-nya.


Kemudian, dia dilihat berbaring di tepi tingkap memakai cermin mata hitam dan mengambil gambar dirinya menggunakan telefon bimbitnya, berlagak dan membuat gerak isyarat kepada media.


Sambil mengacukan pisau, dia akhirnya berjalan keluar dari tingkat dua restoran di La Trobe Street itu selepas 3 petang, dengan memegang tangannya yang berlumuran darah.


Akhbar The Star melaporkan bahawa pemilik restoran itu, Raja Yasmin Raja Abdul, dari Ipoh, berkata semasa perbualan lalu, lelaki tersebut berkata dia mempunyai pekerjaan di Queensland, tetapi kini menganggur kerana beberapa masalah dalaman dan tidak mempunyai wang.


Beliau, 44 tahun, hanya mengenali lelaki itu sebagai 'Panjang' sebab dia tinggi, dan menjelaskan tidak ada pertikaian atau pertengkaran, yang dilaporkan oleh media tertentu.


Sebuah akhbar Australia, The Sun, melaporkan bahawa suami Raja Yasmin disiasat pihak berkuasa berkaitan soal imigresen tahun lalu. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >