Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran tertinggi bagi gunung berapi di Bali, pelancong diminta jauhi kawasan

Sep 23, 2017 | 12:52 PM



DENPASAR (bali): Ribuan penduduk dipindahkan dari kampung berhampiran gunung berapi aktif di pulau Bali di Indonesia setelah gegaran dirasakan di beberapa kawasan dengan asap yang kelihatan di tempat pelancongan popular tersebut. 



Status amaran yang dikeluarkan untuk Gunung Agung yang terletak di kawasan timur Bali adalah yang tertinggi akibat kemungkinan letusan dalam tempoh 24 jam. 



Pihak berkuasa setempat turut memberi amaran kepada pelancong dan penduduk untuk menjauhkan diri dan tidak berkemah atau mendaki dalam kawasan tersebut. 



“Aktiviti gunung berapi masih tinggi dan ada tanda-tanda magma naik ke permukaan dan menyebabkan gegaran,” kata Sutopo Purwo Nugroho, dari Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia.



Namun, penerbangan ke lapangan terbang antarabangsa Bali masih beroperasi seperti biasa dan kejadian tersebut tidak menjejas pengendali pelancongan di kawasan lain pulau itu, menurut pihak berkuasa.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pagi tadi (Sabtu, 23 September), warga Singapura dinasihatkan untuk tidak mengunjungi Gunung Agung dan kawasan lain yang terjejas. 



Warga Singapura yang kini berada di Bali dinasihatkan untuk mengambil langkah berwaspada untuk keselamatan mereka, memantau berita setempat dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia, seperti bersedia untuk berpindah, menurut kenyataan itu. 



Mereka juga perlu membeli insurans perjalanan dan perubatan yang komprehensif dan memahami liputan serta syarat insurans itu, tambahnya. 



Warga Singapura juga dianjurkan untuk kekal berhubung dengan keluarga dan teman-teman mereka di Singapura supaya keselamatan mereka diketahui. 



Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta atau Pejabat MFA di: 



Kedutaan Singapura di Indonesia (Jakarta) 

Jln H R Rasuna Said, Kuningan, Block X/4, KAV No 2,

Kuningan, Jakarta Selatan 12950

Telefon: + 62 (21) 2995 0400 atau +62 811 863 348 (24 jam)



Pejabat MFA (24 jam)

Tanglin, Singapore 248163

Telefon: 6379 8800, 6379 8855

Emel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >