MANILA: Tentera Amerika Syarikat dan Filipina semalam memulakan latihan bersama sedang media pemerintah China memberi amaran kepada "orang luar" usah campur tangan dalam pertikaian wilayah Laut China Selatan yang tegang.
Agensi berita rasmi Xinhua memberi amaran itu setelah Manila dan Washington melancarkan latihan 'Balikatan' selama 11 hari di satu majlis perasmian di Manila.