Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika lancar serangan udara ke atas ISIS di Libya

Aug 02, 2016 | 08:41 AM



WASHINGTON: Buat kali pertama, pesawat perang Amerika Syarikat menjalankan pada Isnin (1 Ogos) serangan udara ke atas kedudukan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di bandar Sirte di Libya.



"Serangan udara Amerika pertama ke atas kedudukan tepat kumpulan Daesh (ISIS) telah dijalankan hari ini, menyebabkan kehilangan besar... di Sirte," kata Perdana Menteri Libya, Encik Fayez al-Sarraj, yang mengetuai pemerintah perpaduan di negara itu, dalam satu ucapan televisyen.



Di Washington, Pentagon berkata serangan itu dilancarkan sebagai respons pada permintaan daripada pemerintah Libya.



"Atas permintaan Pemerintah Permuafakatan Nasional (GNA) Libya, tentera Amerika Syarikat menjalankan serangan udara ke atas sasaran ISIL di Sirte, Libya, untuk menyokong pasukan bergabung GNA menewaskan ISIL di kubu utamanya di Libya," kata Setiausaha akhbar Pentagon, Encik Peter Cook, menggunakan nama lain bagi ISIS.



Menurutnya, serangan Amerika itu diluluskan Presiden Barack Obama menyusuli cadangan daripada pegawai kanan Pentagon.



"Tindakan ini dan yang kami ambil sebelum ini akan membantu menghalang ISIL (nama lain bagi ISIS) mendapatkan tempat selamat di Libya bagi mereka menyerang Amerika dan sekutu kami," ujar Encik Cook.



GNA hasil perjanjian perkongsian kuasa yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Disember lalu, tetapi ia belum diluluskan oleh Parlimen Libya.



Berpangkalan di Tripoli, GNA melancarkan operasi Mei lalu untuk mengambil semula kubu ISIS di Sirte, bandar tempat lahir bekas diktator Muammar Gaddafi yang dikawal militan sejak Jun tahun lepas.



ISIS masih menguasai beberapa tapak strategik di tengah Sirte, termasuk universiti, hospital utama dan dewan persidangan Ouagadougou, tempat militan dipercayai telah penuhi dengan sejumlah besar peluru dan barang keperluan.



Kejatuhan Sirte, yang terletak 450km ke timur Tripoli, akan menjadi satu tamparan hebat pada ISIS, yang telah menghadapi beberapa masalah di Syria dan Iraq.



Pertempuran merebut Sirte telah mengorbankan kira-kira 280 pejuang prokerajaan dan mencederakan lebih 1,500, menurut sumber-sumber perubatan di pusat arahan angkatan perpaduan. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >