BAGHDAD: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, melahirkan kesediaan pemerintahnya memberi sokongan berterusan dan meluas kepada pasukan kelamatan Iraq bagi membantu negara itu mematahkan kemaraan puak pemberontak yang kini menguasai utara dan barat Iraq.
Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq, Encik Nouri al-Maliki, di Baghdad kelmarin untuk menggesa pemimpin Iraq itu agar membentuk sebuah pemerintah yang lebih inklusif.