Amerika selamatkan dua juruterbang Arab

SANAA (Yemen): - Tentera Amerika Syarikat telah menyelamatkan dua juruterbang Arab Saudi yang menekan kerusi anjal pesawat pejuang F-15 mereka yang dipercayai mengalami masalah dalam operasi serangan di Teluk Aden, sedang jet-jet tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi terus membedil kem pemberontak di Yaman semalam.

Pegawai Kementerian Pertahanan Amerika berkata, kedua-dua juruterbang berkenaan diselamatkan di perairan antarabangsa oleh helikopter dari Djibouti selepas mendapat permintaan Arab Saudi.

Jet pejuang F-15 Arab Saudi itu mengambil bahagian dalam sera

ngan udara terhadap pemberontak Yaman, namun pegawai pertahanan Amerika enggan mengesahkan mengapa juruterbang menekan kerusi anjal serta mengapa mereka menyelamatkan diri dalam kawasan perairan antarabangsa.

Usaha menyelamat dan krisis yang semakin memuncak di Yaman itu berlaku sedang Presiden Abedrabbo Mansour Hadi dari Yaman tiba di Mesir bagi memulakan rundingan dengan sekutu-sekutu Arabnya. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.