Amerika siap untuk rampas aset 1MDB: Wall Street Journal

KUALA LUMPUR: Pendakwa raya federal Amerika Syarikat telah siap untuk memfailkan tindakan undang-undang sivil bagi merampas aset yang dikaitkan dengan firma pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor akhbar Wall Street Journal pada Rabu dengan memetik sumber tidak dinamakan.

Pihak berkuasa dijangka memfailkan tindakan undang-undang di Amerika secepat pagi Rabu (20 Julai), kata laporan itu, sambil menambah aset tersebut dijangka termasuk hartanah dan aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

Para pegawai di Pejabat Perdana Menteri Malaysia berkata mereka belum membaca laporan itu. 1MDB pula tiada komen segera tentang laporan tersebut.

Rampasan aset akan menjadi tindakan pertama pemerintah Amerika berkaitan siasatan ke atas 1MDB, kata laporan itu. Tetapi tidak diketahui aset apa akan dirampas.

1MDB, yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 sejurus selepas beliau memegang jawatan itu, sedang disiasat kerana pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika, Singapura dan Switzerland. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.