WASHINGTON: Amerika Syarikat berkata ia menempatkan tiga pengebom stealth jarak jauh yang mampu membawa peledak nuklear bagi latihan di Asia, ketika ketegangan kian memuncak di semenanjung Korea.
"Keadaan baru-baru ini menunjukkan keperluan menguatkan pertahanan udara yang konsisten seluruh rantau Indo-Asia-Pasifik," kata komander Tentera Udara Pasifik, Jeneral Lori J. Robinson.