Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU 'BELON INTIP'

Amerika: Tiada tanda tiga 'belon terbang' yang diletup ada kaitan usaha intip China

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Rumah Putih berkata tidak ada tanda-tanda tiga objek terbang yang diletupkan dari langit pada hujung minggu oleh tentera Amerika Syarikat dikaitkan dengan dakwaan kegiatan pengintipan China.



Objek itu mungkin "ada hubungan dengan entiti komersial atau penyelidikan dan oleh itu tidak berbahaya", kata jurucakap, Encik John Kirby.



Pegawai Amerika dan Canada masih belum menjejak atau menemui sebarang serpihan daripada tiga pesawat yang ditembak jatuh itu.



Beijing sebelum ini menuduh Amerika melakukan "tindak balas keterlaluan".



China telah menafikan salah satu belonnya, yang dimusnahkan oleh jet pejuang Amerika awal bulan ini di luar Carolina Selatan, digunakan untuk pengintipan, dengan mengatakan ia hanyalah kapal udara pemantauan cuaca yang telah tersasar.



Pada sidang akhbar harian Selasa, Encik Kirby berkata sukar untuk menentukan tujuan atau asal usul tiga objek lain yang dimusnahkan di Alaska, Canada dan Michigan sehingga serpihan ditemui dan dianalisis.



"Kami tidak melihat sebarang petunjuk atau apa-apa yang menunjukkan secara khusus bahawa ketiga-tiga objek ini adalah sebahagian daripada program pengintipan China," kata Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih kepada pemberita, "atau bahawa mereka secara muktamad terlibat dalam usaha pengumpulan perisikan luar".



"Penjelasan utama" yang dipertimbangkan oleh agensi risikan Amerika, tambahnya, ialah "ini mungkin belon yang ada hubungan dengan entiti komersial atau penyelidikan dan oleh itu tidak berbahaya".



Tetapi beliau menyatakan bahawa belum ada syarikat, pertubuhan atau pemerintah yang membuat tuntutan terhadap objek tersebut.



Dalam kejadian terbaru - di atas Tasik Huron - peluru berpandu Sidewinder pertama yang ditembak oleh pesawat perang F-16 Amerika tidak mengena sasarannya, menurut seorang jeneral Amerika.



"Tembakan pertama tersasar. Tembakan kedua terkena," kata Pengerusi Ketua Staf Bersama Jeneral Mark Milley semasa lawatan ke Brussels pada Selasa.



"Kami berusaha gigih memastikan ruang udara bebas daripada trafik dalam lingkungan julat maksimum peluru berpandu itu. Dan dalam kes ini, peluru berpandu (yang tersasar) jatuh tanpa bahaya di Tasik Huron ."



Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar China mengkritik respons Amerika itu.



"Ramai di Amerika bertanya, apa kebaikan yang boleh dibawa oleh tindakan mahal itu kepada Amerika dan pembayar cukainya?" kata Encik Wang Wenbin pada Selasa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >