Amerika tidak akan iktiraf jika China isytihar zon pengecualian di Laut China Selatan

MANILA: Washington tidak akan mengiktiraf zon pengecualian di Laut China Selatan jika Beijing mengisytiharkannya, kata Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Robert Work.

Pada 2013, China menubuhkan zon pengenalan pertahanan udara di Laut China Timur, meliputi pulau-pulau yang juga dituntut oleh Jepun, bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas kedaulatan kawasan yang menjadi pertikaian itu.

Di tengah-tengah ketegangan yang sedang meningkat di Laut China Selatan, Encik Work berkata pada Rabu (30 Mac) Amerika telah memberitahu China ia tidak akan mengiktiraf zon pengecualian serupa di perairan yang dipertikai, di mana negara-negara di rantau ini mempunyai tuntutan wilayah bertindih.

China telah mengorek hampir 1,200 hektar pasir dan batu karang untuk mengubah tujuh terumbu di kepulauan Spratly di barat Filipina menjadi pulau lengkap dengan landasan dan pelabuhan gred tentera, bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas hampir seluruh Laut China Selatan.

Tuntutan itu meliputi perairan yang Filipina tegaskan berada dalam zon ekonomi eksklusif 200 batu nautikanya. Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan juga mempunyai tuntutan mereka sendiri.

Sementara itu, Manila telah menandatangani kontrak AS$114 juta ($154 juta) untuk membeli dua helikopter antikapal selam dan mungkin melabur dalam armada kapal selam pertamanya, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Laut China Selatan.

Setiausaha Pertahanan, Encik Fernando Manalo, berkata Filipina telah bersetuju membeli dua helikopter AgustaWestland AW159 Lynx Wildcat dari pengeluar senjata Italy, Finmeccanica.

Presiden Benigno Aquino berkata dalam satu sidang media bahawa Filipina sedang menimbang mempunyai "angkatan kapal selam" sendiri bagi memenuhi keperluan keselamatan yang berubah-ubah.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.