Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak jalanan mahu 'tendang' jauh hidup sebagai pengutip

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



JAKARTA: Somad jarang keluar dari kejiranannya yang miskin di Jakarta, namun kanak-kanak berusia 14 tahun ini sedang bersiap untuk ke Russia bulan depan bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia Kanak-Kanak Jalanan 2018.



Ia perjalanan idaman seumur hidup penyerang bercita-cita tinggi itu dan lapan rakannya dalam pasukan Garuda Baru Indonesia, yang akan menentang pasukan kanak-kanak kurang bernasib baik seperti mereka dari 11 negara lain.



Edisi ketiga kejohanan itu di Moscow jauh dari Bekasi di pinggir Jakarta, tempat ayah Somad menyara keluarganya dengan mengutip barang-barang yang boleh dijual dari timbunan sampah sarap busuk.



Keluarga Somad tinggal di sebuah teratak sebesar 45 meter persegi (lebih kecil daripada flat tiga bilik HDB) bersama empat keluarga lain.



"Tidak ramai kanak-kanak bernasib baik seperti saya," kata Somad. "Saya mahu membuat ibu bapa dan kawan-kawan saya bangga agar kami dapat hidup lebih baik dan tak perlu lagi jadi pengutip."



Kawasan sesak dan kotor itu dihuni pengutip sampah yang tinggal di ratusan gubuk buruk. Bau busuk sampah menyelinap di setiap pelosoknya kawasan itu.



Lebih 200 kanak-kanak menyertai kejohanan tujuh sepasukan itu, yang akan bermula menjelang Piala Dunia yang dianjurkan Russia tahun ini. Di luar padang, kanak-kanak itu akan menyertai kelas seni, bengkel dan sebuah persidangan yang memberi tumpuan pada belia kurang bernasib baik.



"Saya mahu membantu Indonesia memenangi kejohanan ini. Tetapi jika kami menang, saya tidak mahu menunjuk-nunjuk," kata rakan sepasukan Somad, Bayu.



"Saya mahu berkongsi pengalaman saya bersama kawan-kawan saya apabila saya pulang."



Somad dan Bayu terpilih bagi pasukan Indonesia daripada kalangan lebih 90 kanak-kanak.



Pada 2014, pasukan lelaki Tanzania memenangi kejohanan itu, sementara mahkota perempuan dijulang pasukan tuan rumah Brazil. Kejohanan sulung 2010, yang dimulakan badan kebajikan Britain Street Child United, berlangsung di Afrika Selatan.



Jurulatih pasukan Indonesia, Wahyu Kurniawan, berkata kanak-kanak dari kejiranan miskin mempunyai keyakinan untuk menjadi pemain bola sepak profesional.



"Kanak-kanak jalanan lebih aktif dan biasanya lebih kuat dan lebih bersemangat. Tugas saya ialah mengubah sifat-sifat itu menjadi kemahiran bola sepak baik dan semangat kesukanan di padang," ujarnya.



Tetapi kejohanan itu bukan sekadar sukan - ia memberi suara kepada kanak-kanak terpinggir.



"Pencapaian dalam kejohanan ini bukan keutamaan kami, ia cuma bonus," kata Cik Jessica Hutting daripada Kampus Diakoneia Modern (KDM), pertubuhan bukan pemerintah hak asasi kanak-kanak yang memilih pemain bagi pasukan Indonesia.



"Kami menggunakan bola sepak sebagai alat bagi mengumpulkan kanak-kanak jalanan di sebuah tempat selamat di mana suara mereka dapat didengar." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >