PARIS: Bagi masyarakat Perancis, hakikatnya cukup menggentarkan - anak muda daripada latar belakang biasa dengan nama seperti Maxime, Helene dan David menyertai kumpulan militan dan muncul dalam video pembunuhan kejam yang dilakukan militan IS.
Berita bahawa dua rakyat Perancis dikenal pasti sebagai suspek dalam video militan IS yang memaparkan pembunuhan 18 tahanan Syria serta seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat, Encik Peter Kassig, hujung minggu lalu, merupakan peringatan bahawa fahaman pelampau yang ganas boleh menarik sesiapa sahaja daripada pelbagai latar belakang.