Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak Nik Aziz kalah teruk dalam pemilihan peringkat bahagian PAS

Mar 20, 2017 | 08:54 AM



KOTA BHARU: Ketua Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Nik Abduh Nik Aziz, ditumpaskan dengan teruk dalam pemilihan parti di bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan, yang sebelum ini diterajui bapanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 2015.



Encik Nik Abduh mencabar penyandang kerusi itu, Dr Izani Husin, bagi jawatan timbalan ketua bahagian Sabtu (18 Mac) tetapi hanya berdaya meraih 37 undi berbanding 207 yang dimenangi Dr Izani, lapor laman berita Malaysiakini.



Ketua bahagian itu ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, yang juga timbalan ketua menteri Kelantan, yang menang tanpa bertanding. Bapa beliau, Encik Nik Abdullah Arshad, mengetuai bahagian itu sebelum ini.



Sumber dalaman parti dengan cepat memadamkan spekulasi mengenai persaingan atau perpecahan yang timbul daripada kekalahan mengejutkan Encik Nik Abduh itu.



Dr Izani enggan mengulas lanjut mengenai kemenangannya, dengan berkata: "Maaf, tiada komen. Kami perlu bekerja bersama-sama bagi Islam."



Seorang pemimpin Pemuda PAS berkata kepada laman berita The Star bahawa menang dan kalah bukan perkara masalah besar dalam PAS.



"Tidak seperti pemimpin tertentu yang keluar untuk membentuk sebuah parti baru selepas tewas dalam pilihan raya PAS beberapa tahun lalu, ahli parti sejati seperti Nik Abduh tidak akan keluar hanya kerana majoriti dalam bahagian ini memilih menyokong penyandangnya," katanya.



Akhbar The Star juga melaporkan Encik Nik Abduh, yang baru-baru ini berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda pada perhimpunan tahunan parti itu, atau muktamar, bulan depan - mungkin bertanding jawatan jawatankuasa pusat jika dicalonkan.



PAS sedang mengadakan pemilihan peringkat bahagian, menjelang kongres tahunannya dari 27 April hingga 1 Mei di Kedah. Pilihan raya bagi kepimpinan pusat parti itu akan dijalankan semasa muktamar tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >