Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak perempuan kedua Anwar Ibrahim calon baru PKR di Permatang Pauh?

Feb 12, 2015 | 01:17 PM



KUALA LUMPUR: Spekulasi bahawa anak perempuan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Cik Nurul Nuha, 31 tahun, akan bertanding sebagai calon kerusi dewan Parlimen Permatang Pauh bagi menggantikan bapanya, kini bertiup kencang.


Spekulasi itu timbul setelah Cik Nurul Nuha, yang berkelulusan Ijazah Teknologi Seni dan Visual dari Universiti George Mason, Amerika Syarikat, diberi tugas meneraju kempen "March To Freedom" (Perarakan Kebebasan) sebagai menyambung perjuangan ketua pembangkang itu yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.


Dalam sidang media di kediaman keluarga Anwar semalam, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Nurul Izzah, yang juga anak sulung Anwar memperkenalkan adiknya itu kepada pengamal media.


"Nurul Nuha akan memainkan peranan dalam kempen March to Freedom. Fokus (kami kini) adalah untuk menubuhkan sekretariat (untuk kempen) dan kami akan berurusan dengan beberapa pihak dan personaliti dalam soal ini dan mahu memastikan Nurul Nuha menjadi wajah (bagi kempen)," katanya.


Namun, beliau enggan menjawab soalan wartawan sama ada kempen tersebut bertujuan menonjolkan adiknya di pentas politik.


"Hari ini kami hanya menumpukan pada kempen March to Freedom dan tiada pengumuman mengenai pencalonan pada sidang media ini. Saya fikir kami cuba memastikan setiap adik beradik kami berdikari dari segi kewangan," kata Cik Nurul Izzah.


Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, penglibatan Nurul Nuha dalam kempen itu dilihat seperti usaha PKR mengangkatnya sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh.


"Kalau ini benar, nampak seperti PKR ketandusan calon, walhal sebenarnya banyak calon lain yang berkelayakan dalam PKR sedangkan Nurul Nuha tidak nampak kewibawaannya," katanya.


Beliau berkata usaha menjadikan Nurul Nuha sebagai calon dilihat akan memberi kelebihan untuknya mendapat sokongan sepertimana yang diterima Nurul Izzah dalam pilihan raya sebelum ini.


Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata jika Nurul Nuha dicalonkan di Permatang Pauh, ia adalah kerana kerusi tersebut merupakan kubu kuat PKR.


"Selain itu mungkin juga isu simpati akan digunakan untuk memastikan kemenangan Nurul Nuha nanti seperti yang pernah digunakan oleh isteri Anwar (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika bertanding di kerusi tersebut dahulu," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >