Anak perempuan mantan presiden Sukarno ditangkap atas tuduhan khianat

JAKARTA: Rachmawati Soekarnoputri, anak perempuan presiden pertama Indonesia, Sukarno, telah ditangkap berhubung dakwaan khianat, menurut peguamnya.

"Ya, beliau telah ditangkap. Pegawai polis tiba di rumahnya pada jam 5 pagi dan membawanya pada jam 6 pagi," kata peguam Cik Rachmawati, Encik Aldwin Rahardian, pada Jumaat (Dec 2), menurut kompas.com.

Encik Aldwin berkata beliau menemani anak guamnya, yang disoal siasat di Ibu Pejabat Briged Polis Bergerak Negara di Kelapa Dua, Depok, Jawa Barat.

Selain Cik Rachmawati, Encik Alwin nampak pemuzik Ahmad Dhani disoal di situ.

Pemuzik itu dilaporkan ditangkap bersama aktivis lain, termasuk Ratna Sarumpaet dan Sri Bintang Pamungkas, di sebuah hotel di Jalan MH. Thamrin di Jakarta Pusat pada Khamis malam

Jurucakap polis kebangsaan, Jeneral Boy Rafli Amar, mengesahkan pada Jumaat bahawa lapan aktivis ditangkap kerana didakwa khianat. - The Jakarta Post/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730